C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Sunday, 13 March 2011 • 22:20 • 0 comments
cerita lucu

Siri Cerita Seram






Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan
kecil di Pahang pada tahun 1973.
Ia nya diceritakan oleh Umar kepada penulis
untuk pedoman semua
pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah pekan
yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut.
Seorang lelaki yang bernama Sokri
(nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
nama baik keluarga tersebut). Sokri
adalah seorang bomoh di kampung
tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang
agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap
penyakit yang pelik, beliau
akan berjaya.

Satu hari di waktu senja ada
seorang budak melalui rumah Sokri budak itu
adalah Umar pencerita kisah ini.
Umar terdengar seseorang sedang
bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan
tidak pernah didengarinya
sebelum ini.

Umar cuba mengintai dari celah
lubang dinding yang agak usang. Beliau
melihat Sokri bercakap mengadap
sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Umar tidak nampak
keseluruhan cermin tersebut. Umar cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya
dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Umar dapat
melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Sokri tetapi sekujur tubuh yang
sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan
berlubang. Tubuh makhluk
itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat
seperti warna tanah.
Tiba-tiba Umar melihat mahkluk itu seperti memandang
kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Umar terus melarikan
diri.

Sampai saja di rumah Umar terus menemui bapanya dan
menceritakan
kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu
ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Sokri. Bapanya mengatakan
bahawa Sokri menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila
orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang
tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang
kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan
pada orang kampung.

Pada malam tersebut Umar berasa seperti tidak sedap
badan, tubuhya
seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa
yang dilihatnya
tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Umar
terus masuk
tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti
bau
bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi
kelopak
matanya berasa amat berat sekali.

Umar cuba menjerit untuk
memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca
ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil
bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Umar membuka matanya didapati
rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Sokri. Dia
memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan
meminta dirinya supaya
bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali
terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Umar melihat bapanya
berjalan
diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia
bertanya
bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Umar bersiap2 utk pergi
menziarahi kubur Sokri. Umar terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan
bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di
tanah perkuburan Umar melihat orang sedang menggali
kubur. Tiba-tiba dia
tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Umar
berlari untuk melihat
dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Umar melihat beberapa orang
dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat dari lubang
tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang
tersebut,
Mereka semua terpegun melihat sekujur bentuk tubuh seperti seekor
anak gajah di dalam kubur Tadi, setelah diteliti maka sahlah sebenarnya didalam
kubur yang akan disemadikan jenazah Si Sokri tadi terdapatnya……

SEKETUL
UBI GAJAH yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah
menghubungi Umar di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi
Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek
Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50
sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang
sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI …… UBI… SAPER
NAK
BELI UBIIIII..



PASTFUTURE
MY WORDS;
Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or I'll call My Superman to kill you!.

GIVE ME YOUR WORDS;

Status : Life must go on :)



OTHERS;


>> Welcome to my blog =)
date : NOW
at:10 am


>> Nice to meet you here :)
date : 12/12/12
at: 12pm


>> lalala~
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • assalamualaikum